Published on 2019-08-11
BEIJING, 11 Ogos: Hasrat memperkenalkan makanan Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia ke seluruh dunia mendorong anak kelahiran Sarawak mengorak langkah berani dengan membuka Restoran Mulu di Beijing.
Jasmine Kho, 32, berkata ini adalah sebahagian usahanya dalam memperkenalkan budaya Malaysia khususnya kepada rakyat China.
“Idea ini tercetus 10 tahun lepas apabila ramai rakan saya di sini (Beijing) tidak begitu mengenali budaya dan tarikan Asia Tenggara. Namun setelah memperkenalkan mereka dengan budaya Malaysia, mereka begitu tertarik dengannya terutama pada makanan negara kita.
“Daripada situ, saya terpanggil untuk mempromosikan Asia Tenggara terutamanya Malaysia melalui makanan. Maka lahirnya Restoran Mulu pada tahun 2013,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengambil masa lima minit berjalan kaki dari Stesen Subway Wangfujing, Restoran Mulu yang terletak di pusat membeli belah WF Central sememangnya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan serta masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Jasmine berkata antara makanan yang paling mendapat sambutan di restorannya adalah Laksa Sarawak yang menggunakan resepi istimewa yang diwarisi daripada neneknya.
“Selain Laksa Sarawak, kita juga ada Cendol Durian, Char Kuey Teow Penang, rendang ayam, nasi lemak, sate dan beberapa jenis makanan popular lain dari Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan Laos,” katanya.
Anak kelahiran Kuching itu menamakan restorannya di Beijing sedemikian sempena kawasan gunung batu kapur Mulu yang diiktiraf sebagai salah satu Warisan Dunia yang terletak di Miri, Sarawak iaitu Taman Negara Mulu.
“Sebagai anak Sarawak, Gunung Mulu amat dekat dengan hati saya, daripada segi bentuk geografinya yang merupakan gua batu kapur dengan dilitupi oleh hutan dara tropika sememangnya memukau sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sana.
“Disebabkan itu, seni reka dalaman restoran ini turut menampilkan konsep yang menggabungkan ciri keindahan Gunung Mulu serta corak batik Sarawak. Ramai pelanggan yang berminat dengan budaya kita, ia sekali gus mempromosi Malaysia seiring Tahun Melawat Malaysia 2020,” kata Jasmine yang turut merancang untuk menjadikan Restoran Mulu sebagai rangkaian francais di China.
— BERNAMA
来南洋茶室聊聊天。笑一个,开心一下!
Come Kopitiam Chit Chat! Laugh and have fun.
Here are truly Southeast Asia.Come and have a taste!
这里有东南亚没事集锦,快来尝吧~
北国的清秋的佳日,是一年之中最好也没有的Golden Days~
Hasrat memperkenalkan makanan Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia ke seluruh dunia mendorong anak kelahiran Sarawak mengorak langkah berani dengan membuka Restoran Mulu di Beijing.
Hasrat memperkenalkan makanan Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia ke seluruh dunia mendorong anak kelahiran Sarawak mengorak langkah berani dengan membuka Restoran Mulu di Beijing.
The Mulu Restaurant in this Chinese capital city is much more than just an eatery selling Malaysian and other Southeast Asian food.
古晋南市与中国北京东城区建立缔结友好城市
古晋与北京东城区在许多方面有相似性,双方在历史风貌保护、文化旅游、城市管理等方面都有广泛合作空间。
砂拉越之子,她在中国生活17年。
砂拉越之子,她在中国生活17年。
Asian Cuisine Festival ended successfully in Beijing on May 22
「 穆禄年夜饭,已开启预订 」收获你的第一个东南亚文化新年。今天是1月19日,距离除夕夜还有17天。即将迎来春节,对世界带有饱和好奇心的我们,总想多一份不一样的体验。中国如此隆重的春节,异国他乡,家家户户是如何度过?
穆禄最早始于北京辛寺胡同里一家只接受预定用餐的小院,创造了中国第一个胡同创意菜。从第一家胡同店走出,在王府中環开起了第二家店,也是 首家旗舰店型 —— 穆禄王府。
我们以 东南菜亚菜系 出发,将汶莱、柬埔寨、印度尼西亚、老挝、马来西亚、缅甸、菲律宾、新加坡、泰国、越南等地的好味道一网打尽。
没想到以东南亚的价格也可以在北京吃得那么东南亚!
70 anniversary of china
In this second East Meets West collaboration between Mulu Hutong and Maison FLO!
In this second East Meets West collaboration between Mulu Hutong and Maison FLO!
Delicious laksa with Malaysia Day
穆禄胡同携手福楼
带来四手大厨私房菜晚宴
2019年8月2日及3日
一场中西结合的盛宴
新派娘惹菜和法式融合菜的联婚
那这四手是谁呢?
“七夕”,光是听到这两个字,就已经让人心动不已了,当牛郎织女在鹊桥上相会,生活在人世间的你是否也应该带上心爱的人,共赴这一年一度的甜蜜盛事。
作为一年要去三四次东南亚的东哥,非常喜欢充满异域风情的当地料理。这间穆禄餐厅的老板来自马来西亚,餐厅主营东南亚十国的各式料理,味道非常纯正!和东哥在当地吃的一模一样。
您的下午茶被故宫以东承包啦!
你知道在组织马来西亚之前,砂拉越是一个独立的国家吗?
东南亚经典下午茶
Today we hosted a very cheerful group of overseas Chinese who returned to the People's Republic of China 40-60 years ago.
MULUWFC welcomes all our honourable guests to the 69th Anniversary Celebration of the Establishment of Diplomatic Relations between the Socialist Republic of Vietnam and the People's Republic of China.